EVO Mail Server V3.0.73

Pelayan mel dengan piawai perindustrian IMAP, CardDAV, CalDAV menerajui masa depan

EVO Mail Server disediakan berdasarkan keperluan perniagaan kecil dan menengah. Dengan adanya piawai IMAP dan POP3 serta mel sandar, penapisan, pengawasan, ianya sesuai untuk pengemelan pukal dibawah lalu lintas Internet yang berjalur lebar tinggi.

EVO Mail Server yang disahkan oleh Microsoft Authenticode menyokong TLS hujung ke hujung untuk pengiriman mel SMTP, POP3, IMAP4. Pengguna bertukaran maklumat alamat buku (kenalan) dari CardDAV dan kalendar dari CalDAV. Ciri lainnya: Kedua-dua versi pemasangan 32 dan 64 bit, GUI yang mudah digunakan, telefon pintar yang ramah, penapisan mel Filtrolysis, AD dan OpenLDAP yang boleh diimport, dan NOD32 yang serasi dengan antivirus.


Perisian: harus mudah digunakan dan lalu kita berbicara tentang ciri-ciri yang kuat.

“ Kebanyakan pelayan perisian menawarkan banyak ciri-ciri tetapi kurang peduli sama ada pengguna memerlukannya atau tidak”

Asas jalur pengembangan EVO Mail Server ialah mudah digunakan. Kami menyembunyikan benda-benda yang anda tidak perlu ketahui tapi tetap mengekalkan kefleksibelan perisian. Sementara itu, kami mengurangi masa dan tenaga yang seringkali digunakan untuk pengurusan pelayan supaya anda boleh mengendalikannya dengan mudah.

Piawai perindustrian: IMAP, CardDAV dan CalDAV

“EVO Mail Server ditulis dengan mematuhi piawai yang tinggi untuk melayani anda”

Sebuah penggabungan protokol SMTP dan POP3 menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mel. Bagaimanapun, peningkatan lalu lintas internet yang mendadak baru-baru ini dan permintaan pengkomputeran bergerak membutuhkan SMTP untuk bekerja dengan IMAP di bawah penyulitan TLS untuk mengekalkan penyegerakkan mel dengan kerahsiaan maklumat.

Penembusan halangan x64 dan 4GB

“Sebuah pelayan mel yang bekerja dan kestabilannya memainkan peranan yang penting dalam infrastuktur Teknologi Maklumat di perusahaan moden”

Sementara Windows XP sudah bersara, 64-bit OS pun masuk dan kami mereka bentuk EVO Mail Server dibawahnya untuk memastikan pencapaiannya, ketahanannya dan kepanjangan umurnya.

Sebuah pelayan mel dengan penetapan mudah

“ Sebuah pelayan mel mengingatkan anda apa yang tertinggal sebaik sahaja pemasangan selesai”

Pengesanan penetapan serta-merta terhadap mel yang berkaitan dengan parameter seperti DNS, MX, DNS terbalik, SPF, DKIM, SSL, senarai sekat IP, penghala, tembok api dan antivirus